teks berjalan

SELAMAT DATANG DI BLOG SAYA, SEMOGA BISA BERMANFAAT BUAT TEMAN-TEMAN (pesan saya mari kita jauhi narkoba, karna narkoba hanya membuat kita sengsara dan cepat menemui ajal

Selasa, 26 Maret 2013

DI SAAT KITA BERJAYA DAN GAGAL



Sewaktu berjaya cuba pastikan:

1. Sudahkah kita mengingatkan diri bahawa semua itu adalah milik Allah yang boleh ditarik balik pada bila2 masa?
2. Sudahkah kita melakukan kesyukuran yang sempurna pada Allah?
3. Sudahkah kita berterima kasih kepada mereka yang membantu kita, terutama ibubapa dengan cara mendoakan mereka?
4. Sudahkah kita menutup pintu2 riak?


5. Sudahkah kita mengingatkan diri bahawa disebalik setiap kejyaan itu ada amanah yang perlu dilaksanakan?
6. Sudahkah kita merendahkan hati agar semua orang merasa selesa untuk menasihati kita?
7. Sudahkah kita cuba membantu orang lain pula untuk berjaya?
8. Sudahkah kita bertindak untuk meningkatkan ibadah padaNya?
9. Sudahkah kita sedia untuk diuji dengan kegagalan pula selepas ini?

Kalau sudah….. bermakna anda sudah bersedia untuk kejayaan demi kejayaan.


Apabila kita gagal:
1.Sudahkah kita memujuk hati supaya redha denganNya dengan cara yang sempurna?
2.Sudahkah kita meyakini bahawa ini adalah hanya untuk sementara sebagai ujian Allah untuk kita meningkatkan usaha?
3.Sudahkah kita mendapat bantuan dari orang yang lebih dewasa, berpengalaman dan berilmu untuk mendapat nasihat?
4.Sudahkah kita membuat rangkakerja selanjutnya untuk bertindak?
5.Sudahkah kita berusaha untuk menyelidikki punca kegagalan dan mengatasinya selepas ini?
6.Sudahkah kita memohon maaf kepada orang2 yang pernah kita sakiti, terutama ibubapa?
7.Sudahkah kita bersedia untuk meningkatkan ibadah?
8.Sudahkah kita bersedia untuk diuji lagi?

Kalau sudah bermakna anda sudah sedia untuk berjaya.
Mulakanlah langkah menuju kejayaan dengan lafaz Bismilah dan hatilah2 supaya setiap langkah kita tidak menyakiti sesiapapun termasuk semut yang kecil.
Dengar dan sahutlah panggilan azan setiap 5 waktu kerana di dalamnya ada jemputan Allah untuk kita berjaya.

“Haiya ‘alal falah” …..marilah menuju kejayaan.
Azan dilaungkan dari rumah Allah yang mulia maka berjalanlah ke sana untuk mencari kejayaan apabila dipanggil tanpa berlengah2. Ia adalah panggilan Allah pemilik kejayaan yang kita inginkan itu.
Kejayaan yang sempurna ialah apabila usaha dilakukan penuh ikhlas dan meletakkan diri dalam genggaman Allah sepanjang masa.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar